Assalamualaikum..
Salam perjuangan..
Saya pasti, saya kini berada di Rencana B kehidupan saya. Rencana A kehidupan saya yang saya karang lebih 10 tahun lalu kini hanya tinggal kenangan. Asalnya, saya bercita-cita menjadi pilot, pilot umpama pemandu bas, memandu bas menghantar penumpang tiba ke destinasi. Cuma, pilot tampak lebih bergaya dengan cermin mata hitam jenama Ray Ban, kemeja putih tiga garis di bahu dan beg baju tarik berjenama yang ditarik ke hulu hilir di airport.
Apa sahaja berkenaan kapal terbang menarik minat saya sejak sekolah rendah lagi, seawal darjah 3. Kerana kapal terbang lah, saya bercita-cita menjadi pilot, dan sejak itu saya mengarang Rencana A kehidupan saya, menjadi Pilot. Sebelum pilot, saya bercita-cita menjadi Bomba.
Mungkin kisah Rencana A saya ini bermula daripada sebuah buku pengetahuan bergambar untuk kanak-kanak. Buku tentang kapal terbang. Lapangan terbang adalah antara tempat kegemaran saya sejak dulu lagi. Pertama kali sampai di KL, tempat pertama yang saya ingin pergi ialah KLIA.
Teknologi kapal terbang tetap saya kagumi hingga sekarang. Begitu juga lapangan terbang. Jika ada peluang, saya tetap ingin menjayakan Rencana A ini walaupun bukan sebagai kerjaya. Ya..hobi, saya tetap masih boleh jadikan ia sebagai hobi, menjadi pilot sebagai hobi tentunya lebih bergaya bukan?
Waallahu a'lam
P/s: Rencana B saya? Saya bersyukur dengannya..

posted from Bloggeroid